Tutorial : Elevated Command Prompt

Dalam Window 7, Elevated Command Prompt adalah Command Prompt yang dijalankan dengan “administrative priviledges”. Dengan kata lain, Elevated Command Prompt membenarkan anda menggunakan sesetengah command/tag yang tidak dapat dijalankan dalam Command Prompt biasa.

Elevated Command Prompt dijalankan dalam folder system32 manakala Command Prompt tidak. Bandingkan kedua-duanya dalam screenshot di bawah;

elevated_command_prompt_compare

Perhatikan bahagian bertanda merah (klik untuk besarkan imej)

Elevated Command Prompt dapat dijalankan dengan langkah berikut;

1. Pergi ke Start > All Programs> Accessories
2. Right klik pada “Command Prompt”
3. Klik “Run As Administrator”
4. Tetingkap “User Account Control” (UAC) akan muncul.
5. Klik Yes

elevated_command_prompt

Diharap tutorial yang serba ringkas ini dapat membantu pengguna-pengguna baru Window 7.

p/s : Elevated Command Prompt juga boleh dijalankan dalam Window Vista.

Comments are closed.