Tips : Bagaimana Menghargai Pelawat Blog Anda?

Seorang blogger yang baik akan menghargai setiap pelawat/trafik yang datang ke blognya. Pelawat yang rasa dihargai tidak segan untuk berkunjung semula dan ini dapat memastikan trafik yang masuk ke blog akan lebih stabil dan berterusan. Ada beberapa cara untuk menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada pelawat anda. Antaranya;

1. Kunjungan balas

Singgah di blog mereka dan jangan lupa untuk memberi komen pada entri/artikel mereka. Elakkan memberi komen seperti “kunjungan semula”, “terima kasih kerana singgah” dll yang sewaktu dengannya. Sebaliknya, berilah komen yang membina, yang kena dengan artikel/entri yang mereka tulis.

2. Reply komen

Jika pelawat meninggalkan komen di blog anda, jangan lupa membalas komen tersebut supaya pelawat tahu, anda prihatin kepada setiap pelawat yang datang. Jika banyak komen yang ditinggalkan tidak dibalas, pelawat akan beranggapan anda tidak membaca komen tersebut, dan menyebabkan mereka malas untuk terus memberi komen. Ruangan komen jika digunakan sebaiknya melahirkan hubungan yang mesra diantara anda dan para pelawat

3. Link/badge + e-referrer

Pasangkan widget e-referrer dan sediakan script link/badge blog anda supaya pelawat boleh meletakkannya ke blog mereka. dengan cara ini, trafik yang datang ke blog anda melalui mereka membolehkan blog tersebut tersenarai dalam widget e-referrer anda. Ini menggalakkan pertukaran trafik diantara anda dan para pelawat blog anda. Bagi yang tidak tahu memasang widget ini, anda boleh merujuk kepada tutorial e-referrer yang saya buat.

Mungkin ada beberapa cara lain yang saya terlepas pandang. Jika ada kekurangan, sudi-sudilah tambahkan yer.

22 thoughts on “Tips : Bagaimana Menghargai Pelawat Blog Anda?

  1. Setuju sangat. And I think leaving comments on other people’s blog is a good time-wasting. Hahahaha

  2. heyy, tenx for the tips!
    nak jugak belajar cm mana nak apprcte pelawat aku yang tak seberapa tuh. tenx! wee~

  3. sangat setuju dengan point diatas .. terima kasih kerana tutorial e-referrer tu .. mmg dah lama mencari .. tq

  4. begini. T_T
    tapi badge memang tak boleh letak. *sila kesali
    terima kasih untuk info.

  5. Tq…for info
    Akak selalunya ke blog pelawat akak dan balas komen diblognya…tak tahu lah mereka kenal akak tak

  6. aku menghargai pelawat dengan membaca 5 atau lebih entri mereka.. tapi kalau rasa takde apa yang sesuai dikomen dalam entri tu, baca dan pergi sajalah…

    ade juga pelawat blog aku komen kat satu entri je, pastu dah tak datang-datang.. nampak sangat nak traffik, bukan nak membaca… dam!

  7. Salam,
    Memang kita kena menghargai setiap pelawat yang datang keblog kita…bagi saya memang wajib buat,tetapi ada juga blogger yang bagi saya “orang lama” dalam dunia blogging ni yang tak menghargai pelawat,mereka hanya melawat blog yang mereka kenal sahaja.Blogger baru macam kita ni memang dia tak pandang pun,ada sedikit kekesalan disitu,tapi kena sabarlah kan… 🙂

    • saya perasan, memang ada blogger-blogger otai yang buat macam tu. tapi macam saudara katakan, sabar je lah.. ramai lagi blogger-blogger lain yang sudi menyokong kita..

  8. assalamualaikum sollehahn..
    penghargaan kepada pelawat semestinya elemen penting dalam berblog.
    usahakanlah sebaik mungkin, insya Allah ada manfaatnya di kemudian hari.
    tapi pernah juga jumpa komentator yang tidak memberi akses lawatan balas..

  9. Macam Bro pakai plugin comment luv membantu juga tu 🙂

  10. setuju sangat.pelawat perlu dihargai.kalau orang hargai saya pun,saya tak segan silu nak datang banyak kali.

  11. ko jangan lupa reply sume komen aku.. hahah..