Reviu : Switch Audio Converter

Switch merupakan perisian untuk menukarkan format fail audio yang menyokong hampir semua jenis format ; mp3, wav, aac, amr, aiff, wpa dan lain-lain. Saiznya kecil dan tidak menggunakan sumber sistem (RAM, processor) yang banyak untuk berfungsi. Perisian ini boleh didapati secara percuma di laman web pembangunnya ; NCH – Switch .

Selepas diinstall, anda boleh terus menggunakan perisian ini melalui icon di desktop. Atau lebih mudah lagi, right klik sahaja fail audio yang anda ingin convert dan klik “convert with switch sound file converter”.

switch audio converter

Interface Switch ringkas dan mudah difahami. Di bahagian bawah, anda boleh lihat jenis fail audio yang disokong yang begitu banyak.

switch sound file converter interface

Untuk setiap format fail, anda boleh set tetapan bitrate dsb. Sangat berguna untuk mengecilkan saiz fail audio anda.

switch advance setting

Gabungan interface yang ringkas, ringan dan sokongan format fail yang pelbagai menjadikan Switch pilihan utama saya. Saya beri 9/10 bintang untuk Switch.

Tagged with 

9 thoughts on “Reviu : Switch Audio Converter

  1. mostly “download” lagu dalam format mp3 ja.. tak pernah dapat yang format pelik.. kalau guna software ni memang tak beri effect pada file ke? pernah gak dulu convert file, jadi bunyi “nyeettt” …

    • tak semestinya guna switch ni untuk convert format lain jer…kalau download lagu mp3, tapi bitrate 320kbps, file tu besar, so boleh guna switch ni untuk rendahkan bitrate kepada 192kbps..ataupun nk kecikkan lagi mp3 kepada 96kbps untuk masuk dalam hset, so takde la memenuhkan memori kad tuh…

      so far aku guna ok jer switch ni..takde problem apa2 lak..

  2. Nasib baik saya bukan kaki download…kurang pandai bab ni..mana tau esok lusa nak convert file tu boleh refer sini 🙂

  3. perkongdisn yg bgus..mngkn bleh post review tntang video converter plak..=)

  4. […] in: Reviu, Software Entri kali ni saya anggap sebagai request dari saudara Hollowgram dalam Reviu : Switch Audio Converter. Terima kasih sebab beri topik untuk dikongsi disaa-saat kekeringan idea ni […]

  5. Hj Rozman says:

    Dulu saya ada syarikat recording dan saya ada banyak stok lagu (copyright production atas nama syarikat tp kebanyakkan pencipta lagu & lirik dah transfer atas nama mereka sbb syarikat dah tak aktif). Saya bercadang nak buat satu laman web jual ringtones ini tp takda kemahiran teknikal macammana nak jual secara download dan kemudian boleh diaktifkan menerusi syarikat2 telekomunikasi tempatan. Pernah ada syarikat telekomunikasi menerusi agen ini ambil lagu2 stok sy dgn janji macam2 akhirnya takda apa pun, jadi saya nak buat sendiri. Boleh bantu saya dgn teknikal ini?

    • saya takde pengalaman secara langsung utk jual beli atas talian ni, tapi pernah 1-2 kali tolong rakan-rakan develop laman web macam tu. saya akan cuba untuk bantu hj rozman. kalau betul2 berminat nak bekerjasama, hubungi saya melalui emel atau fb (guna contact form – http://sollehahn.com/contact-us/)