Reviu : Any Video Converter

Entri kali ni saya anggap sebagai request dari saudara Hollowgram dalam Reviu : Switch Audio Converter. Terima kasih sebab beri topik untuk dikongsi disaa-saat kekeringan idea ni =P.

Ok perisian yang saya nak review adalah Any Video Converter, perisian percuma yang membolehkan anda menukar format fail video. Mereka-mereka yang nak mencuba, boleh download di laman rasmi Any Video Converter.

Perisian ni menyokong hampir semua format fail video; mp4, avi, mpeg, flv, swf, mkv, dan anda juga boleh extract audio dari video ke bentuk mp3, wav, acc dan beberapa format audio lain.

Any_Video_Converter_File_Format

Pilihan format fail yang pelbagai

Di bahagian atas user interface (UI) perisian, anda dapat lihat button berlogo ‘YouTube’;
Any_Video_Converter_Youtube

Butang ini membolehkan anda convert video dari Youtube dengan hanya mengisi URL ke kotak yang disediakan;

Any_Video_Converter_Youtube_Import

Convert video dari YouTube dengan mudah

Petak dibahagian kanan atas memberi preview kepada fail yang anda ingin tukarkan;
Any_Video_Converter_Media_Preview

Ikon gunting di bawah petak preview pula membawa anda kepada sebuah window baru. Disini anda boleh potong dan sunting video anda;

Any_Video_Converter_Clipping

Sunting video anda dan dapatkan hanya bahagian yang anda mahukan

Di bahagian kanan bawah pula, anda boleh set format video yang anda ingin, dari segi kualiti (bitrate, saiz dll) dan bunyinya (format dan saiz audio);
Any_Video_Converter_Format_Detail

Setakat ini, Any Video Converter tidak pernah menghampakan saya. Walaupun percuma, fungsi dan prestasinya mengatasi sesetengah perisian berbayar yang pernah saya cuba. Saya beri 10/10 bintang untuk Any Video Converter.

p/s: Internet connection malam ni sangat menyakitkan hati. Nasib baik saya cukup sabar untuk upload screenshot tu semua.

Tagged with 

3 thoughts on “Reviu : Any Video Converter

  1. like part yg leh adjust framesize..

    mdahkan kerja untk upload video kt youtube nnti..

    btw, tq kerana makbulkan request saya.. = )

  2. […] Untuk convert fail flv ke format lain, sila rujuk entri “Video Converter” […]