Microsoft Lync : Sistem telekomunikasi untuk perniagaan

Microsoft Lync

Pengeluar perisian terbesar dunia, Microsoft Corporation baru-baru ini mengumumkan sistem telekomunikasi terbaru, Lync. Perisian yang disasarkan untuk perniagaan ini bertujuan untuk menggantikan sistem telefon sedia ada dengan menawarkan komunikasi berkesan dengan kos yang lebih efisyen.

Microsof Lync menggabungkan fungsi emel, instant messaging dan sidang video/suara. Ia turut dilengkapi dengan perisian Microsoft seperti Share Point, Exchange dan Office. Disamping itu, Lync juga menyokong integrasi hampir semua sistem pesanan masa nyata (IM) seperti Yahoo! Messenger, Google Talk, Windows Live Messengerdan AOL.

Melalui perisian ini juga, pengguna dapat berkongsi fail, dokumen, malah melakukan undian secara maya. Microsoft Lync boleh dibeli mulai 1 Disember 2010. Maklumat lanjut mengenai perisian ini boleh diperolehi di laman web rasmi Microsoft Lync.

p/s : Microsoft mempunyai pegangan saham dalam Facebook Inc, yang juga memperkenalkan sistem telekomunikasi mereka baru-baru ini. Suratan atau kebetulan?

Tagged with 

2 thoughts on “Microsoft Lync : Sistem telekomunikasi untuk perniagaan

  1. akal bisnes ni memang pantas…serba serbi jadi cepat dan ringkas dan mudah..
    oh ya, semua ni dalam pengetahuan-Nya jua..kan..