Linux bukan Windows!

Crystal UbuntuTajuk entri ni mungkin agak memeningkan, tapi itulah hakikatnya. Linux bukan Windows!. Saya tergerak berkongsi mengenai perkara ini kerana sering ditanya ; “Windows apa ko pakai nih?”. Itulah masalahnya pengguna di Malaysia ni. Terbiasa sangat dengan Windows hinggakan mereka menganggap setiap komputer tu memerlukan Windows untuk berfungsi.

Sebelum membebel lebih lanjut, saya ceritakan dulu asas operasi sebuah komputer. Anggapkan sahaja sebuah komputer tu sebagai kereta, dan Windows pula adalah pemandu. “pemandu komputer” ini dalah istilah ITnya, disebut sebagai “Operating System” atau “OS”. Maksud saya disini, Windows hanyalah berfungsi untuk membolehkan komputer beroperasi dan sepertimana pemandu kereta, OS ini juga boleh ditukar ganti. Anda pasti dapat bayangkan, 2 orang pemandu berbeza, akan memandu sebuah kereta yang sama, dengan cara yang berlainan. Simbolik yang sama, 2 OS yang berbeza akan mengoperasikan sebuah komputer dengan cara yang berbeza.

Dalam dunia perkomputeran kini, ada beberapa jenis OS yang anda boleh dapatkan, dan Windows hanyalah salah satu daripadanya. OS lain yang popular adalah “Linux” dan “Macintosh”. Anda pasti pernah dengar mengenai Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Bagaimana pula dengan Linux Ubuntu, Linux Mint atau Macintosh Leopard?. Sesetengah pengguna mungkin sudah mencubanya dan merasa perbezaan OS-OS tersebut berbanding Windows. XP, Vista dan 7 memang berbeza tetapi ketiga-tiganya tetap Windows. Linux pula mempunyai banyak variasi kerana dibina melalui “Open Source”. Macintosh (atau Mac) digunakan pada komputer keluaran “Apple”.

Untuk membaca keterangan yang panjang lebar berkaitan OS, anda boleh pergi ke halaman “Operating System” di Wikipedia.

Carta dibawah pula menunjukkan OS-OS yang paling popular di dunia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh google sahaja nama-nama OS tersebut.

Operating System Comparison Chart

Walaupun entri ni ringkas dan pendek, saya sangat berharap pengguna komputer di Malaysia terutamanya, dapat mengubah persepsi dan mentaliti mereka mengenai Windows dan OS.

p/s: penat nak terangkan pasal OS dan Windows bila orang selalu sangat tanya.

9 thoughts on “Linux bukan Windows!

  1. UNIX bukan LINUX…

  2. sudah terbiasa dengan window..ada juga dengar tentang linux cuma tak pernah guna..dan tak tahu nak install 🙂

  3. terasa juga nak mencuba windows lain, eh OS lain… tapi takot benda makin buruk jadi seperti tikus membaiki labu… so, better aku stick dengan benda yang dah biasa…

    nnti lepas ni terangkanlah kelebihan linux compare to window.. kalo macintosh tu memang dah terbukti kehebatannya dalam editing..

    • kalau takut sangat..boleh install linux melalui windows untuk cuba-cuba…

      berbanding windows, linux boleh dikatakan takde masalah virus…selama ni, kalau pc aku kena virus, aku guna je ubuntu untuk delete semua threat tu..insyaAllah, aku buat entri pasal advantage linux lepas ni.

    • Satu lagi opensource yang popular ialah Ubuntu boleh install bersama Windows dan buat dual boot. Tidak ada kesan sampingan dan lebih ringan dari Windows, percuma tidak perlu lesen, serangan virus rendah, directory Ubuntu kecil dan boleh uninstall bila-bila masa tanpa menjejaskan Windows