Facebook kini ancaman kepada Gmail

Google Inc perlu merasa bimbang kerana ada desas-desus mengatakan Facebook bakal melancarkan webmail clientnya sendiri. Laman web TechCrunch melaporkan, projek yang dinamakan Project Titan itu dikatakan akan dilancarkan hari ini [15 November 2010].

Gmail setakat ini memiliki 170 juta pengguna berdaftar, manakala Facebook memiliki 500 juta pengguna aktif. Ini dilihat memberi tekanan besar kepada Gmail sekiranya pengguna-pengguna mereka beralih kepada Facebook. Tambahan lagi, hari ini, pengguna lebih banyak meluangkan masa di laman sosial tersebut berbanding emel.

Walaubagaimanapun, saya melihat situasi ini memberi kelebihan kepada pengguna seperti anda dan saya. Apabila wujud persaingan sebegini, tahap servis kedua-dua pihak diharap terus meningkat.

Tagged with 

10 thoughts on “Facebook kini ancaman kepada Gmail

  1. kalau betulla….fuh…mau google beli fb ni kang

  2. […] 16, 2010Posted in: Facebook, Google, IT, Info, Latest, News Lanjutan daripada berita ancaman facebook kepada gmail semalam. Laman web TechCrunch yang menghadiri majlis yang diadakan oleh CEO Facebok, Mark […]

  3. ya la tu.. terukla gmail nanti. lately, mcm ada pesen baru bab emel ni. hantar emel x berjawab, tp bila mesej ka fb dijawab pula..

  4. […] jika benar Zuckerberg berhajat menamatkan Facebook, mengapa dia bersusah payah membangunkan sistem Facebook Mail, yang baru sahaja dilancarkan. Ada ke pengeluar kereta yang memperkenalkan aksesori baru untuk […]