2011 : Gadjet yang dinanti-nantikan

Tahun 2010 hampir tiba ke penghujungnya. Tahun ini para geeks disajikan dengan beberapa gadjet terhebat termasuk iPhone 4. Apa pula jangkaan anda untuk tahun 2011. Kali ini saya senaraikan beberapa produk yang dinanti-nantikan oleh para mengumpul gadjet, yang dijangka berada di pasaran pada 2011.

1. Tablet HTC Android 3.0

HTC Tablet

HTC telah merancang untuk mengeluarkan tablet pada awal 2011. Walaupun belum mengumumkan sistem yang bakal digunakan, ramai yang berpendapat ia akan menggunakan sistem Android 3.0

2. SH-05C : Telefon Projektor NTT Docomo

NTT Docomo Projector Phone

Sepertimana namanya, ia adalah telefon bimbit, yang boleh berfungsi sebagai projektor. Berupaya menghasilkan imej yang terang dengan dimensi 640×360 pixel. Juga menyokong kad memori sehingga 16 GB. Dijangka memasuki pasaran pada Februari 2011.

3. iPad bersaiz 9.7 inci.

iPadiPad memang gadjet yang sangat hebat. Tetapi yang lebih hebat?. iPad bersaiz 9.7 inci!.

4. Sony 24MP Alpha A77 SLR

24MP alpha a77Kamera SLR dari Sony, dengan keupayaan mengambil gambar sehingga 24MP!. Ditambah lagi dengan keupayaan HD video recording. Berada di pasaran pada pertengahan 2011. Pengumpul DSLR sekalian, mulalah menabung dari sekarang!.

5. iPhone 5!?

iphone 5

iPhone 4 baru sahaja menggegarkan pasaran. Kini ada khabar angin mengatakan iPhone 5 bakal dikeluarkan pada penghujung tahun 2011!. Saya masih teruja dengan fungsi iPhone 4, meremang bulu roma baca features terbaru iPhone 5.

p/s : ada beberapa lagi gadjet yang dinantikan untuk 2011, tapi 5 gadjet diatas sudah cukup membuat saya teruja, lebih-lebih lagi iPhone 5!

Tagged with 

10 thoughts on “2011 : Gadjet yang dinanti-nantikan

  1. Mak ai…semua barang ni sangat hot…hoho
    paling hot iphone5..Terbaik

  2. hak ah..iphone5..apik pon ader terdengar gak sikit2 pasal iphone 5..

  3. he3 nak pakai i phone 5 pulak lah lepas ni,kena kumpul duit la dari sekarang.

  4. ni 2011 baru launch eh…htc pun nak kluar ipad gak?

  5. target iPad bulan ni..