10 Extensions Joomla yang perlu anda ada

Joomla adalah CMS kedua popular selepas WordPress, untuk membangunkan blog. Bagi mereka yang baru mengenali Joomla, dan tidak tahu extension yang perlu digunakan, saya senaraikan disini extension yang perlu ada untuk sebuah blog berasaskan Joomla.

1. Joomla Stats

Sepertimana namanya, extension ini berfungsi merekod segala statistik berkaitan web joomla anda.

2. sh404sef

Namanya nampak kompleks, begitu juga tugasnya. Menjadikan laman web joomla mesra SEO. Antaranya, menggantikan url ke bentuk yang lebih mudah ‘dibaca’ oleh enjin carian.

3. Expose Flash Gallery

Extension yang berfungsi mempersembahkan gallery gambar anda dengan menarik.

4. jComments

jComments membolehkan pelawat memberi komen pada artikel dalam laman joomla anda.

5. JoomlaPack

Memudahkan proses backup dan restore, atau memindahkan laman web anda sepenuhnya.

6. Social Bookmarking

Membolehkan pelawat/pembaca berkongsi artikel anda di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

7. AvReloaded

Jadikan laman joomla anda lebih interaktif dengan menambahkan video/lagu menggunakan extension ini. Anda boleh pilih samada menayangkan kandungan anda sendiri, atau streaming dari youtube dan laman web lain.

8. AJAX Shoutbox

Shoutbox. Perlu penjelasan lebih lanjut ke?

9. QContact

Memudahkan pelawat menghubungi anda, dengan menyediakan form khas untuk mereka menghantar mesej samada melalui emel atau IM.

10. X Map

Membina sitemap laman web anda.

Tagged with 

12 thoughts on “10 Extensions Joomla yang perlu anda ada

  1. thank you bro…seriously…memang bergune info ni kat aku…

  2. Joomla ni platform untuk blogger juga ker…selalu nampak,tapi tak tahu guna untuk apa he3:)

    • Joomla ni CMS macam WordPress gak…tp lg flexible…biasa orang guna untuk bina website jer…government punya website banyak yang based on Joomla nih…ada gak org guna untuk buat blog, tapi perlukan usaha lebih untuk customize jadi blog. senang cerita, orang rajin macam br0 maverick tu je yang create blog dgn joomla ni.

  3. joomla kalau buat blog memang makan masa.. dulu masa guna joomla buat website, guna komen yang intense debate or disqus.. tak ingat pulak.. forum guna kunena, gallery guna joomgallery ..shoutbox guna shoutmix ja…

  4. […] 2010 nuffnang_bid = "2dbdb5a865e38fada849d0d11f2b2e9d"; Jika sebelum ini saya menyenaraikan 10 extension untuk joomla, entri hari ini pula saya dedikasikan khas untuk pengguna […]

  5. btul kate awaniz tu.. joomla memang complicated..

  6. suka juga mengekplorasi benda baru macam ni..

  7. saya tgh belajar buat blog guna joomla plak…http://duniacikgu.com