10 cara untuk anda lebih hijau!

Ini bukannya entri tutorial cara-cara menjadi incredible hulk, tapi entri pesanan khidmat masyarakat. =D.

Kesan rumah hijau, pemanasan global, peningkatan aras laut, dan macam-macam lagi isu alam sekitar masa kini berpunca daripada sikap manusia sendiri yang tidak tahu menghargai nikmat-Nya. Ada banyak cara kita boleh membantu menyelamatkan bumi kita ni. Beberapa contoh dibawah berkaitan dengan IT (masih tak nak lari dari niche. =D ) yang mungkin kita pandang remeh, tapi memberi impak besar kalau dipraktikkan oleh semua orang.

1. Hentikan bil bercetak

Kebanyakan penyedia perkhidmatan komunikasi dan internet sekarang menyediakan pilihan untuk pelanggan menghentikan bil bercetak yang dihantar ke rumah, dan menggunakan internet untuk meyemak jumlah bil akaun. Melalui cara ni, bukan penggunaan kertas sahaja yang kita boleh kurangkan, tapi kita juga dapat jimat RM2 sebulan.

2. Jangan beli kad topup

Bagi pengguna telefon pra-bayar, cuba hentikan membeli kad topup, sebaliknya, minta taukey kedai tu masuk terus kredit ke telefon. Kad topup tu memang kecil, tapi bayangkan, kalau 5 juta orang beli kad tu sehari, berapa tan pokok dah kena tebang?

3. Servis bank online

Sekarang hampir semua bank dah ada servis online. Duduk je depan PC, dah boleh bayar macam-macam bil. Kalau nak pergi bank, keluar duit, kena isi borang, ambil nombor. Semua tu gunakan kertas.

4. Resit bank

Kalau keluarkan duit melalui ATM, tak perlu la ambil resit. Semak je baki akaun di mesin tu. Bukannya kurang pun baki akaun kalau tak ambil resit.

5. Surat khabar

Tak perlu beli surat khabar. Pernah ke kita fikir berapa tan kertas diguna setiap hari untuk cetak surat khabar tu?. Baca je online. Percuma!

save-the-earth6. Promosi tanpa kertas

Promosi produk menggunakan flyer (yang selit2 kat paper, celah pintu) memang popular. Tapi kan banyak guna kos nak buat semua tu. Nak bayar printing, pekerja dll. Promosi je melalui internet. Facebook, twitter, blog. Tak perlu bayar pun. Satu dunia boleh tengok

7. Green hardware

Pengeluar produk elektronik pun sekarang dah banyak keluarkan produk mesra alam. Apa salahnya kita bertukar ke produk-produk macam ni. Elektrik pun jimat.

8. Urusan tanpa kertas

Pemilik-pemilik syarikat, kalau berjual beli, invoice dan resit tu semua emelkan je. Kalau perlu baru print-out. Jimat lagi duit syarikat nak beli kertas.

9.Jimatkan elektrik

Saya tau ramai yang suka biarkan PC on 24/7. Kan membazir tu!. Shut down je la PC tu kalau tak guna. Jimat bil elektrik.

10. Kitar semula, guna semula

Biasanya kalau beli PC/laptop yang baru, yang lama tu pasti dibuang. Komponen elektronik mengandungi toksik yang sangat tinggi. Elakkan membuang barangan elektrik dan elektronik yang rosak. Barang-barang tersebut boleh dijual semula. Sebagai contoh. monitor CRT. Ada syarikat yang membeli monitor CRT yang rosak tu. Disamping menyelamatkan bumi, boleh tambah duit poket sekali.

10 +1 Online Leaf [edited 4 Januari 2011]

Para blogger sekalian. Jom sama-sama kurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan menggunakan skrip dari www.onlineleaf.com. Tambah je skrip diorang ke blog anda, secara tak langsung anda mengajak orang lain untuk menjadi hijau!

Tagged with 

7 thoughts on “10 cara untuk anda lebih hijau!

  1. yes, go green! 🙂

  2. assalamualaikum solehahn..
    kempen tahap 1planet bumi nih! kalau ko translate lepastu ping kat seantero maya nih..mau femes gilak kawan aku nih..
    syabas bro..

  3. no. 5 yang tak ley blah tuh… seb baek aku bukan anak tokey surat khabar…

  4. […] nuffnang_bid = "2dbdb5a865e38fada849d0d11f2b2e9d"; Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai 10 cara untuk anda lebih hijau tahun lepas. Nampaknya saya perlu edit semula post tersebut kerana saya baru menyuntik skrip baru […]