Tutorial : Block iklan di page Facebook

Para pengguna Facebook pastinya terbiasa dengan layout laman sosial tersebut yang memaparkan iklan di sisi laman. Kewujudan iklan ini diperakui sebagai sumber kewangan kepada Facebook untuk terus memberikan perkhidmatan percuma kepada pengguna. Akan tetapi bagi sesetengah orang, iklan tersebut hanya menyukarkan mereka.

Sebagai contoh, saya menggunakan broadband untuk melayari Facebook di rumah. Dengan kelajuan yang terhad, iklan yang wujud melambatkan loading time laman Facebook. PC berumur 10 tahun di pejabat pula, RAM nya hanya 256MB, kewujudan iklan menyebabkan PC tersebut kerap ‘hang’. Jadi sebagai penyelesaian, saya pasangkan ‘addon’ AdBye pada Firefox untuk menghalang iklan di Facebook daripada dipaparkan dan hasilnya, loading time Facebook ketika menggunakan broadband menjadi lebih laju dan PC lanjut usia pula tidak lagi ‘hang’.

Untuk mereka yang ingin mencuba addon ini, boleh dapatkan di laman addon Firefox:

AdBye-  https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/47881/

9 thoughts on “Tutorial : Block iklan di page Facebook

  1. salam,

    Boleh cuba ni,mmg agak mengangu saya,terima kasih kerana berkongsi.

  2. alimu sakuredu says:

    likes this.

    dah ditest dan dpt apa yg ditawarkan.

  3. Nice info. Camner bro bleh tau smua nie… Byk nyer ilmu…. hehehehe….

  4. bro..kalau pengguna chrome,ada add-on dia tak?