Tutorial : Bina sitemap untuk blog wordpress

Dalam artikel lepas, Panduan Asas SEO, saya ada ceritakan tentang fungsi sitemap. Kali ni, saya akan tunjukkan bagaimana cara mudah membina sitemap untuk blog anda. Tutorial ni khas untuk pengguna wordpress, self-hosted. Untuk pengguna blogger, anda boleh gunakan mana-mana cara dibawah untuk create sitemap blog anda:

1. Adding Google sitemap to blogger.com | Hakuna Matata

2. Finding your blogger blog’s sitemap | Technically Easy

3. Blogger.com sitemap | Google search

Berbalik kepada tutorial untuk wordpress. Mula-mula sekali, dapatkan plugin Google XML sitemap. Upload dan activate plugin tu di blog anda. Kemudian pada dashboard wordpress, pergi ke Settings>XML Sitemap. Anda akan lihat interface seperti ini;

Google XML Sitemap interface

Klik gambar untuk saiz penuh

Plugin ni boleh terus digunakan tanpa perlu anda configure apa-apa, kecuali anda nak set beberapa advance feature. Lepas siap set apa yang patut, klik pada “rebuild the sitemap manually” dalam tab atas sekali, dan sitemap anda akan terus dibina. Sitemap yang siap boleh dilihat pada ‘domain anda’/sitemap.xml. Contohnya, domain saya http://sollehahn.com, jadi sitemap berada di http://sollehahn.com/sitemap.xml.

Ini adalah contoh sitemap yang telah siap;

sitemap sollehahn [dot] com

klik untuk saiz penuh

Sekarang sitemap anda telah siap dibina. Tapi masih ada perkara yang perlu anda lakukan supaya sitemap ini dapat digunakan sebaik-baiknya, iaitu, submit sitemap tersebut ke Google Webmaster Tool. Langkah seterusnya ini boleh diikuti oleh pengguna blogger.com yang telah siap mempunyai sitemap sendiri.

Pergi ke Google Webmaster Tool. Bagi sesiapa yang belum pernah mendaftar blog mereka dengan Google Webmaster Tools ni, anda perlu terlebih dahulu menambah blog anda. Klik pada “Add a site…” dan masukkan URL blog anda (maaf saya tak dapat sediakan tutorial untuk pendaftaran di Google Webmaster Tool ni).

Untuk pengguna yang dah sedia berdaftar, terus klik pada nama blog anda dan pergi ke Site Configuration>Sitemaps. Klik pada button “Submit a sitemap” dan penuhkan URL sitemap anda (taip sahaja sitemap.xml selepa URL domain anda). Sekarang, sitemap anda telah berjaya dihantar ke Google.

Ini contoh screenshot selepas saya submit sitemap ke Google Webmaster Tool;

Google Webmaster Tools

klik untuk saiz penuh

Dengan itu, tutorial sitemap ni sampai ke penghujungnya. Diharap anda faham dengan tutorial kali ini.

12 thoughts on “Tutorial : Bina sitemap untuk blog wordpress

  1. salam,

    terima kasih dengan tutorial ni 🙂 murah rezki tuan blog hendaknya.

  2. ok akan diteliti… dengan lebih lanjut nanti…

  3. salam…bro, saya sangat baru dlm hal blog ni..saya nak tanya, bgmana saya dapatkan storan bahan saya seperti file pdf, software dsb yg boleh link dgn blog saya sekiranya ada proses download…thnks. bnyak info mnarik di blog ini..sangat membantu..

    • firstly, thanx sudi berkunjung…
      saya kurang faham soalan tu…..nk letak link di blog supaya pelawat dapat download file software ke?…boleh gunakan storan macam mediafire, hotfile, megaupload atau uploading. banyak pilihan untuk storan ni. tapi yang biasa orang gunakan ; mediafire, megaupload dan rapidshare. kalau masih kurang faham, boleh emel atau pm facebook saya melalui link ‘contact us’ kat atas tu.

  4. bro, camana yang hantar rss feed tu kan… dapat tanda betul, aku dapat tanda pangkah…