Reviu : RocketDock

Mungkin ada antara  anda yang menggemari perisian Object Dock yang menampilkan susunan ikon yang menarik dan animasi ringkas apabila diklik. Akan tetapi, fungsi penuh Object Dock hanya dapat diperolehi pada versi berbayarnya. Dalam versi percuma, beberapa fungsi telah dibuang dan temanya juga terhad. Object Dock juga menggunakan process dan memori yang agak tinggi, menyebabkan ia tidak sesuai digunakan pada sistem-sistem komputer berspesifikasi rendah.

Kali ini saya perkenalkan kepada anda ; Rocket Dock. Perisian ini menawarkan fungsi yang sama dengan Object Dock, tanpa anda perlu membayar walau sesen pun. Perisian Rocket Dock ini juga menggunakan memori dan process yang lebih rendah berbanding Object Dock.Selain itu, tema yang ditawarkan cukup banyak, dan anda juga boleh mendapatkan tema lain yang dibuat oleh pengguna lain.

Rocket Dock with lot of theme

Rocket Dock menawarkan banyak tema untuk dipilih disamping beberapa fungsi lain

Sekiranya berminat, anda boleh mendapatkan perisian ini di tapak webnya ; RocketDock.

Tagged with 

5 thoughts on “Reviu : RocketDock

  1. blog yg bagus, macam sya ni org baru dalam blogger, tak pandai lg pasal blog.

  2. blog yg bagus sekali.

  3. rocketdock ni memang cantik dan memudahkan.. tapi tak tahu kenapa tak teringin nak gunakannya even pc spec mid… lepas ni mungkin cuba….

    • memula memang malas nk guna software2 dock nih..
      masa guna WinXP…saya suka letak shortcut kt quicklaunch…smpi penuh sebaris…
      pastu bila guna Win7, icon quicklauch tu besar gedabak..takleh lg nak letak bebanyak…so penyelesaiannya…guna RocketDock ni laa…hehe