Reviu : All In One SEO Pack

Sepertimana yang saya pernah beritahu dalam artikel Panduan Asas SEO, begitu banyak perkara perlu diambil kira dan dilakukan bagi memastikan blog anda mendapat tempat yang baik dalam enjin carian. Berita baik bagi pengguna wordpress (self-hosted), ada plugin yang dapat membantu anda melakukannya dengan mudah. All In One SEO Pack, plugin yang membolehkan anda melakukan konfigurasi SEO blog anda tanpa perlu anda memeningkan kepala.

Selepas install dan activate plugin ni, terus pergi ke Settings>All in One SEO.

All In One SEO Pack - General SettingDisini anda hanya perlu menetapkan “Home Title”, “Home Description” dan “Home Keywords” blog anda. “Home Title” adalah tajuk yang akan muncul pada tap browser dan enjin carian. “Home Description” dan “Home Keywords” adalah meta description dan meta tags untuk halaman utama blog. Simpan tetapan tersebut dan anda boleh terus menulis artikel.

Pada interface “New Post”/”Edit Post” WordPress, anda akan dapati satu tab lagi muncul pada bahagian bawah.

All In One SEO Pack - Edit Post interfacePada kekotak All In One SEO Pack ini, anda perlu menetapkan Title, Description dan Keywords. Kesemua ini akan digunakan untuk tetapan page post tersebut. Saya pernah beritahu mengenai kepentingan menetapkan “Title”, “Meta Description” dan “Meta Tags” yang berbeza untuk setiap page anda dalam artikel Panduan Asas SEO. Plugin ini membolehkan anda melakukan tugas tersebut tanpa perlu melakukan editing pada coding/script blog anda.

Tagged with 

13 thoughts on “Reviu : All In One SEO Pack

  1. arituh cubalah isi kotak ALL IN ONE SEO PACK(AIOSP) tu dalam new entry.. lepas tuh bila post link entri tu kat facebook, title dan descpiction diambil dari AIOSP, bukan dari title yang diset pada asasnya… pelik2..

    • memang tu fungsi AIOSEOP nih….dia set title n description kt coding page…fb ngan search engine pulak akan ambil title ngan meta dari coding tu…

  2. aku rasa ko kena elaborate lgla..kena nmpakkan all in one seo ni relevan utk blog. sb apa, sesetengah org kata xperlu guna plugin ni..

  3. ko keje apa? kt sgmt ke?

  4. bagus2..berkhidmat utk negara

  5. Satu lagie perkongsian. Platinum SEO Pack. Saya xpasti mne labih baik, tp install dua2 je lah…. 😀
    Good info bro Solehahn