Panduan Asas SEO

Enjin carian seperti Google adalah sumber utama untuk mendapatkan trafik ke blog anda. Akan tetapi, bukan mudah untuk mendapatkan tempat yang baik dalam enjin carian. Beberapa aspek perlu diambil kira sebelum blog anda dapat muncul dalam enjin carian. Dalam entri kali ini, saya kongsikan beberapa panduan asas SEO (Search Engine Optimization) yang saya petik dari “SEO Starter Guide” yang dikeluarkan oleh Google.

1. Gunakan tajuk yang unik dan tepat

Tajuk untuk sesuatu halaman blog anda mestilah unik. Tajuk ini di set menggunakan tag <title>;

<title>Pengasas Google | sollehahn.com</title>

Tag ini yang akan muncul pada hasil enjin carian. Untuk hasil terbaik, gunakan tajuk yang berbeza untuk setiap halaman blog anda.

Penggunaan tag yang sesuai membantu blog untuk SEO

2. Gunakan meta tag sebaik-baiknya

Seperti juga tag <title>, tag <meta> ini perlulah berlainan untuk setiap halaman blog anda;

<meta name=”description=”Artikel ini menceritakan kisah mengenai pengasas Google“>

3. Perbaiki struktur URL

Pastikan tajuk artikel anda terkandung dalam URL artikel tersebut;

http://sollehahn.com/tag/pengasas-google/

URL ini terkandung dalam hasil carian dan membantu URL tersebut mendapat tempat yang baik.

4. Permudahkan navigasi blog

Navigasi dalam blog anda dapat diperbaiki dengan menyediakan link ke tag/kategori blog. Widget “archive” juga sesuai digunakan. Navigasi yang mudah bukan sahaja disukai oleh enjin carian, malah memudahkan pelawat anda. Cara paling mudah membina struktur navigasi adalah dengan membina sitemap blog anda.

Contoh sitemap ; http://sollehahn.com/sitemap.xml

Contoh sitemap untuk SEO

5. Benarkan enjin carian “membaca” gambar

Gambar dalam blog hanya untuk tatapan mata anda dan pengunjung. Akan tetapi, enin carian tidak dapat melihat gambar tersebut. Jadi, benarkan enjin carian membaca gambar anda dengan cara memberi filename yang menghuraikan gambar tersebut. Pastika juga anda meletakkan tag <alt> untuk gambar tersebut.

Contoh script imej yang baik ;

<img title=“pengasas google” src=”http://sollehahn.com/wp-content/uploads/2010/09/pengasas google.jpgalt=”Pengasas Google” width=”384″ height=”307″ />

Itu serba sedikit panduan mengenai SEO. Tips-tips ini akan saya huraikan dengan lebih lanjut, satu-persatu dalam artikel lain. Saya tidaklah benar-benar arif mengenai SEO, tetapi dengan mengamalkan tips-tips diatas, blog ini mendapat tempat yang agak baik dalam enjin carian. Jika tidak percaya, search keyword “pengasas google” dan anda akan dapati blog saya berada di tempat 3-5 dalam enjin carian Google. Keyword “statistik facebook malaysia” pula berada di kedudukan 7-10.

Dalam artikel selanjutnya, saya akan mengulas mengenai plugin SEO untuk wordpress. Jadi jangan lupa singgah semula nanti. =)

28 thoughts on “Panduan Asas SEO

  1. aku guna all in one seo, tapi tak faham betol macam mana nak guna.. sebab wordpress dah ade description dan tag tab.. all in one seo pun ada.. nak isi mana satu pun konfuse..

  2. assalamualaikum..
    tak tau sangat aspek teknikal ni.. belasah je tulis blog. baru berapa bulan je. tunggu kat page ‘terma enjin carian’ tak de respon. bila artikel pasal nombor baru ada. oo…cam tu..org cari nombor ekor..
    ko teruskan kerja ko tu. aku yg dah blur harap kat budak2 macam ko je la..

    • memula mmg gitu bro…blur2 lagi…belajar skit2, lama2 jadi bukit..eh..jadi power laa…haha

    • Samalah, suami selalu beri tunjuk ajar, tapi dek kerana tidak mahu memenuhkan kepala dengan perkara teknikal, saya hanya cakap ‘ya tuan’ angguk-angguk tanda faham. Ada jugaklah yang masuk, tapi kebanyakannya perkara yang mudah dan asas. 🙂

  3. walaupon dianggap basi tapi tidak kepada pencari maklumat tentang SEO betul tak ?artikel macam ni tak lapuk dek hujan,orang sentiasa cari …thanks bro !

  4. jangan lupa linkkan url sitemap.xml ke google webmaster…

  5. Terima kasih bro fo da info..PKe masih lagi belajar..

  6. thnkz! byk info menarik ni….

  7. […] sollehahn – October 20, 2010Posted in: SEO, Tips, Tutorial, WordPress Dalam artikel lepas, Panduan Asas SEO, saya ada ceritakan tentang fungsi sitemap. Kali ni, saya akan tunjukkan bagaimana cara mudah […]

  8. wahhh banyak benda baru belajar nie… 🙂 thank u2x..

  9. […] October 25, 2010Posted in: Reviu, WordPress Sepertimana yang saya pernah beritahu dalam artikel Panduan Asas SEO, begitu banyak perkara perlu diambil kira dan dilakukan bagi memastikan blog anda mendapat tempat […]

  10. Good info dude..tips pasal filename gambar tu jarang2 orang ulas

  11. camna nak buat meta tag tu.nak letak kat mana?tak faham la tuan

  12. Bro, ble lgie nak post ttg SEO nie??/

  13. aku bab SEO ni memang tak leh blah.. pasal tu aku pakai thesis theme jer..

  14. Yes!! gambar memang penting, ia menaikkan density SEO