Google Insights Sebagai Medium Kajian

Google Insight merupakan salah satu aplikasi dari Google Inc yang memaparkan trend carian pengguna internet. Sesetengah orang mungkin menganggap data seperti ini tidak banyak gunanya. Akan tetapi, data dari Google Insight ini dapat membantu blogger, web developer malah peniaga. Disini saya terangkan beberapa perkara yang boleh kita ketahui melalui Google Insight.

1. Jenis produk popular

Bagi peniaga, adalah penting mengetahui jenis produk yang diinginkan pengguna. Ini dapat diketahui melalui penggunaan Google Insight. Sebagai contoh, seorang penjual baju. Dengan keyword baju pada Google Insight, trend carian berkaitan baju dapat diperolehi;

Jenis produk paling popular melalui Google InsightsDaripada hasil yang diperolehi, kita dapat mengetahui pengguna lebih banyak mencari mengenai baju kurung, diikuti dengan baju pengantin dan kemudian baju melayu.

2. Kajian keyword popular sesuatu niche

Jika anda penulis blog niche, Google Insight dapat memberi anda keyword paling popular. Sebagai contoh, jika niche anda “Google”, lihat hasil carian dari Google Insights;

Kajian keyword popular melalui Google Insights
Disini kita dapat melihat, term yang popular adalah “Map Google” dan “Google Earth”. Dari sini juga anda boleh mendapatkan idea penulisan melalui keywords lain yang popular yang dipaparkan.

3. Masa sesuai menulis sesuatu perkara

Anda juga dapat mengetahui kesesuaian sesuatu keyword pada masa-masa tertentu. Contohnya ; keyword “Sosilawati”;
masa paling sesuai menulisDengan jelas didapati bahawa pencarian mengenai Datuk Sosilawati begitu jauh menurun, jadi jika anda berniat menulis mengenai Allahyarhamah untuk mendapat trafik dari enjin carian, sekarang bukanlah masa yang sesuai.

Selain itu, Google Insight juga dapat memberi anda input mengenai trend carian mengikut tempat (negeri) yang sesuai untuk peniaga atau blogger yang mensasarkan kawasan tertentu sahaja.

2 thoughts on “Google Insights Sebagai Medium Kajian

  1. memang bagus selalu gak tengok benda alah ni