Tutorial : Widget e-referrer untuk WordPress

Pasti ada antara anda yang tertanya-tanya bagaimana untuk mengetahui dari mana datangnya trafik ke blog anda. Cara yang paling mudah adalah menggunakan servis e-referrer. Selain mengetahui sumber trafik anda, anda juga dapat memberi penghormatan kepada referrer anda kerana link ke blog mereka akan terpapar di blog anda. Tutorial ini hanya untuk wordpress self-hosted sahaja. [Pengguna blogspot juga boleh merujuk tutorial ni. Cuma letakkan script yang sama ke sidebar anda]

1. Pergi ke www.e-referrer.com dan daftarkan diri anda.

daftar

2. Kemudian login dengan akaun yang anda daftarkan

login

3. Klik “get code” pada sidebar kiri laman

script

4. Copy script yang diberikan. Kemudian login ke dashboard wordpress anda. Drag widget “text” ke mana-mana tempat yang anda inginkan (sidebar/footer). Paste script tadi ke widget tersebut.

widget

5. Save widget tersebut dan buka laman blog anda. Widget tersebut akan terpapar dilaman blog anda.

voila!

6. Tahniah!. Widget e-referrer anda siap dipasang. Referrer kepada setiap trafik yang datang ke laman anda akan terpampang di widget tersebut dan selepas ini, bolehlah anda mengucapkan terima kasih kepada referrer2 tersebut kerana menghantar trafik kepada anda.

Tagged with 

5 thoughts on “Tutorial : Widget e-referrer untuk WordPress

  1. saya telah guna e-referrer ni selama setahun, apa yang saya tengok ia akan hanya paparkan top ten referrer(ikut setting) yang paling kerap datang, bukannya real time referrer yang datang hanya sekali. sekarang saya guna JR referrer dan wowzio.

    • terima kasih sudi respon..saya pernah guna JR referrer. Mmg bagus. Wowzio tu lak baru ni saya dengar…e-referrer ni cuma salah satu widget cadangan…memang ada banyak lagi widget yang jalankan function yang lebih advance…cuma e-referrer ni sesuai untuk kedua2 blog wordpress dan blogspot…

      kalau nak analysis trafik dengan lebih mendalam..ada lagi aplikasi yang advance macam Google Analytics…

  2. […] dan para pelawat blog anda. Bagi yang tidak tahu memasang widget ini, anda boleh merujuk kepada tutorial e-referrer yang saya […]

  3. nice le…thanks sollehahn…..nice blog…