Tips mengelak habuk berkumpul di dalam PC

Habuk yang masuk ke dalam casing PC akan terlekat pada heatsink, kipas dan hardware lain sekaligus menyebabkan sistem penyejukan berfungsi pada kadar yang tidak optimum. Akibatnya, haba tidak dapat disingkirkan dan suhu sistem komputer meningkat. Untuk membolehkan sistem anda sejuk semula, pastikan anda kerap membersihkan komputer anda. Akan tetapi, jika habuk asyik menyerang, pasti letih untuk kerapkali membuangnya.

Tips paling mudah untuk mengelakkan habuk memasuki casing PC anda adalah memastikan aliran udara di dalam casing anda adalah ‘positive airflow’ dan memasang dust filter pada kipas. Positive aiflow bermaksud, kadar aliran udara masuk adalah lebih tinggi berbanding kadar aliran keluar. Dalam situasi negative airflow, aliran udara keluar lebih tinggi berbanding udara masuk, dan memaksa udara disedut melalui lubang-lubang udara pada casing. Habuk-habuk di persekitaran akan turut disedut dan ini adalah punca sebenar mengapa habuk begitu cepat berkumpul di dalam casing. Berbanding dengan positive airflow, udara hanya disedut melalui kipas dan kemudian keluar melalui lubang angin. Jadi jika kipas dipasang dengan filter, habuk dapat dihalang daripada memasuki casing anda.

Bagaimana pula mengetahui aliran udara anda adalah positive airflow?

Dengan menggunakan api kecil, atau asap (lighter, ubat nyamuk, asap rokok dll). Letakkan lighter/ubat nyamuk 1 atau 2 inci dari mana-mana lubang pada casing (bukan pada lubang kipas). Jika api/asap disedut ke dalam, bermakna ia adalah negative airflow. Positive airflow pula menyebabkan asap/api dihembus keluar.

Negative Airflow

Jika sistem anda adalah negative airflow, tanggalkan 1 kipas yang menghembus angin keluar (gunakan kaedah api/angin untuk memastikan kipas yang menghembus angin keluar) , dan terbalikkan kipas tersebut. Periksa semula airflow anda dan jika masih negative airflow, terbalikkan 1 lagi kipas. (Untuk aliran udara terbaik, pastikan udara disedut masuk dari kipas depan dan tepi, kemudian dihembus keluar melalui kipas atas dan belakang).

Jika sistem anda positive airflow, anda hanya perlu pasangkan dust filter pada kipas yang menyedut angin dan elakkan meletakkan casing anda di atas lantai. Angkat casing sekurang-kurangnya 1 kaki dari aras lantai.

Saya tekankan disini, dengan tips ini, sebahagian besar habuk akan dapat ditapis. Masih ada sedikit habuk akan tetap masuk, tetapi sekurang-kurangnya, anda tidak perlu lagi kerap membersihkan sistem komputer anda.

kredit kepada http://www.xoxide.com/ untuk imej
Tagged with 

4 thoughts on “Tips mengelak habuk berkumpul di dalam PC

  1. Hmmm.. bagus juga tips ni.. aku baru je nk cleankn pc lepas upgrade 2 ari lepas.. byk habuk.. nasib baik ada vacum cleaner.. senang ckit keje..

  2. @Zo0L – sedut jgn tak sedut..kalau ikut pandangan pc expert, diorg x galakkan guna vacuum sebab takut ada static effect pd hardware…suggested method guna compressor..tp ak pun biasanya guna vaccum gak..sbb xde compressor…huhu…

  3. ooo.. aku baru chek pasal air compressor td.. kat umah aku ada satu.. tp x reti guna..

  4. tips berguna. mmg kita patut aplikasi pengetahuan sains dlm kehidupan seharian, cthnya mcm ni 🙂