Pentingnya mengetahui sumber trafik anda

Perkara utama yang menyokong dan membolehkan sesebuah laman web berkembang adalah trafik. Tanpa trafik, laman web itu tidak menjalankan fungsinya yang optimum, iaitu sebagai medium penyebaran informasi dan medan komunikasi. Sesetengah blogger/webmaster tidak ambil endah sumber trafik mereka sedangkan ia adalah perkara pertama yang perlu diambil kira.

Dengan melihat sumber trafik anda, anda akan dapat memperbaiki blog dengan cara memberikan info yang mereka mahukan, terutamanya trafik yang masuk melalui search engine. Dengan cara ini, pengunjung akan datang semula kerana mereka tahu, mereka akan menjumpai info yang mereka cari di blog anda.

Banyak tools untuk menganalisis sumber trafik. Antaranya Piwik, Yahoo! Web Analytics, dan yang paling popular ; Google Analytics.

Tidak salah untuk menulis artikel mengenai sesuatu yang anda minati. Tetapi untuk mendapatkan trafik yang bagus, tulislah artikel yang orang cari dan mahukan.

One thought on “Pentingnya mengetahui sumber trafik anda

  1. setuju, walau guna apa stat sekali pun, pastikan ianya disemak samada harian, kalau malas pun seminggu sekali. ada setengah pengunjung tak tinggalkan jejak di comment atau shoutbox(tak suka shoutbox), tapi semak lah stat mungkin jejak tu ada dalam kategori visitor referer.