Internet di Malaysia ; kualiti vs caj servis.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Internet World Stats, sehingga Jun 2009, seramai 16.9 juta staupun 64.6% daripada 26.1 juta rakyat Malaysia menggunakan internet. Malaysia juga merupakan antara 50 negara yang mempunyai kadar penembusan internet tertinggi di dunia.

Internet dan kualiti servis
Akan tetapi, mengikut statistik SpeedTest.net, Malaysia berada di tangga ke 101 dalam ranking kelajuan internet (2.37Mbps). Singapura yang berada di tangga ke 50 mencatatkan kelajuan internet 6.25Mbps, manakala Korea Selatan 34.13Mbps di tangga pertama. Untuk pengetahuan anda, pengguna di Korea Selatan hanya membayar USD0.45 bagi setiap 1 Mbps sebulan. Bagaimana agaknya ISp disana boleh memberi caj yang murah untuk kelajuan internet berkualiti sedangkan pengguna di Malaysia membayar harga yang mahal untuk kualiti dan kelajuan internet yang agak menyedihkan.

Pada pandangan saya, ISP di Malaysia pada masa ini lebih mementingkan kebolehcapaian kepada rangkaian mereka sedangkan peningkatan kualiti dan kelajuan rangkaian berlaku pada kadar yang sangat perlahan. Kerajaan sendiri membelanjakan beratus juta ringgit untuk meningkatkan kadar penembusan internet di seluruh negara. Walaubagaimanapun, kualiti dan kelajuan internet itu sendiri haruslah turut meningkat, seiiring dengan kadar penembusan yang tinggi. Saya sangat berharap agar pihak ISP mempertingkatkan kualiti servis mereka, terutama di kawasan luar dan pinggir bandar.

p/s : luahan hati seorang pengguna broadband…=(

Tagged with 

3 thoughts on “Internet di Malaysia ; kualiti vs caj servis.

  1. Sepatutnya bermula dengan kualiti, baru mengharapkan datangnya kuantiti… kalau ramai orang guna, tapi semua tak puas hati.. apa guna?

    • thats exactly my point…bagi saya ISP di Malaysia lebih mengambil berat soal menambahkan pelanggan berbanding meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada..

  2. yurp..totally agree with this entry..internet dimalaysia still consider as expensive meanwhile kemampuan yang diberi tidak sehebat mana, quota yang diberi juga terlalu kecil menghalang penggunaan yang lebih..