[Hampir] segalanya tentang Google Inc.

Siapa yang rasa nama Google berasal dari perkataan Goggle? Sila angkat tangan sekarang.Anda salah!. Google Inc. adalah syarikat gergasi yang paling dikenali di dunia maya. Tetapi berapa ramai yang tahu latar belakang syarikat ni?. Disini saya kongsikan info-info berkaitan Google. Beberapa fakta saya pernah post di Max IT dulu. Disini, saya perkembangkan lagi info-info tersebut dan saya tambahkan beberapa maklumat lain.

1. Pengasas
Larry Page dan Sergey Brin berkerjasama mencipta Google pada 1996, ketika mereka menuntut di Stanford University (peringkat doktor falsafah). Mereka tidak berpuas hati dengan enjin carian yang ada ketika itu, kerana tidak memberi keputusan yang benar-benar memuaskan.Mereka bermula dengan menyewa garaj seorang rakan, Susan Wojcicki. Hari ini, gaji mereka hanyalah USD 1 sebulan tetapi hasil saham mereka meningkat setiap hari. Larry dan Sergey juga tidak pernah menghabiskan pengajian doktor falsafah mereka.

2. Nama
Ketika memulakan projek mereka, ia dinamakan ‘BackRub’ sebelum ditukar kepada ‘Google’.Nama ‘Google’ sebenarnya berasal dari perkataan ‘googol’, istilah matematik yang bermaksud angka 1 yang diikuti 100 sifar (ataupun 10^100). Nama google didaftarkan kerana domain googol.com telah diguna dan didaftar oleh pihak lain ketika itu. Nama Googleplex (Ibupejabat Google di California) pula berasal dari perkataan ‘googolplex’ iaitu angka 1 yang diikuti se’googol’ sifar. Perkataan ‘google’ itu sendiri ditambah ke Oxford Dictionary pada 2006 dan membawa maksud ‘menggunakan enjin carian Google untuk mencari maklumat di internet’.

3. Aset (sehingga 2009)
Keuntungan = USD 6.520 billion
Ekuiti = USD 36.004 billion
Jumlah Aset = USD 40.497 billion

4. Perkembangan bisnes
Sehingga hari ini, Google telah mengambil alih sekurang-kurangnya 82 buah syarikat termasuk Youtube, PyraLabs (Blogger), Picasa, Android, Marratech (Google Talk), dan FeedBurner. Dari Januari hingga September 2010 sahaja, Google telah membeli saham dalam 22 buah syarikat. Produknya pula melebihi 100 produk, terbahagi kepada produk Desktop, Mobile, Web, produk Hardware dan servis.

5. Fakta-fakta lain
* Antaramuka Google sangat ringkas kerana pengasasnya tidak mahir dalam html. ( lol…gelak besar ketika saya tahu perkara ni)

Antaramuka pertama Google

* Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1 trilion laman web telah diindex oleh Google.

* PageRank menentukan populariti laman mengikut link pada laman lain tetapi nama PageRank tersebut tidak berkaitan dengan ‘laman’ (page). Ia dinamakan sempena nama penciptanya, Larry Page.

* 97% keuntungan Google adalah dari hasil pengiklanan.

* Carian global pengguna Google setiap bulan ; 87.8 billion carian.

* Jumlah pelawat = 620 juta setiap hari

* Jumlah data diproses setiap hari = 20PB (petabyte) = 20,000,000GB!

* Selain bahasa inggeris dan bahasa lain di muka bumi, Google juga menyediakan laman berbahasa Leetspeak (H4x0r), Klingon (bahasa dalam StarTrek), Pig Latin, Elmer Fudd dan bahasa Bork,bork, bork!.

* Google mempunyai 19,835 pekerja di seluruh dunia dan mereka diberi kebebasan menggunakan 20% masa kerja mereka untuk melakukan kerja lain. (best nih)

* 50% produk Google berasal dari 20% waktu yang digunakan pekerja untuk melakukan kerja lain (berbaloi!).

* 270,000 perkataan ditulis setiap minit di Blogger.com

* 20 jam video diupload ke YouTube setiap minit.

* Hardware milik Google sentiasa menjadi rahsia syarikat, tetapi dengan jumlah data yang diproses setiap hari, bayangkan sahaja berapa besar ruang disk server mereka.

* Antaramuka Google bertukar mengikut sesuatu perayaan/sambutan. Sebagai contoh, hari ini (30 september) Google memaparkan gambar Flintstones sempena kelahiran kartun tersebut.

Ada lagi info mengenai Google dalam simpanan saya, tapi saya akan postkan sedikit demi sedikit, takut muntah darah baca banyak-banyak nanti. Hehe.

sumber : wikipedia, google dan beberapa sumber lain.

15 thoughts on “[Hampir] segalanya tentang Google Inc.

  1. Haha.. aku tau yg nama google asal googol aka 10^100.. ari ada terbaca artikel pasal nama2 company yg popular..

  2. oo..good info… baru tahu yang pengasas dia tak mahir html.. baguslah ringkas, tak berat nak load

  3. […] kali ni adalah kesinambungan dari post lepas ; [Hampir] Segalanya tentang Google. Kali ni saya kongsikan beberapa perkara menarik yang anda boleh cari dengan […]

  4. I would like to exchange links with your site sollehahn.com
    Is this possible?

  5. info menarik ni tentang google..bila org malaysia nak ada syarikat macam google nih 🙂

  6. […] ni saya ada kongsikan mengenai Google. Kali ni saya nak berkongsi mengenai Facebook […]

  7. rasanya la ni indon pon dh makin mantap dari segi it. yela, dok keje hack website malaysia je time piala suzuki. huhu

    • memang….kalau tgok drpd jumlah pengguna diorang pun, antara yang tertinggi di dunia…so logik la kalau percentage hacker diorang pon lagi tinggi dari kita

  8. […] Very simple and clean. Berbeza sangat dengan halaman asal yang diperkenalkan oleh pengasas Google satu ketika […]

  9. […] memaparkan reaksi dari nama-nama besar seperti Barrack Obama, Pengerusi Microsoft ; Bill Gates, ikon-ikon Google; Larry Page, Sergey Brin, dan Eric Schmidt, serta pengasas Facebook ; Mark […]